Monday, December 19, 2011

Trip to Singapore Part 1

    Actually, 7-10 Disember hari tu pi holiday Singapore. Kalau pergi Singapore wajib pergi Universal Studious , sebab kalau tak pergi nak jalan2 ke mana lagi. Tapi nak masuk tu boleh tahan la mahal dia, takpe bukan selalu pergi. Sekali dalam seumur hidup je. Kami sekeluarga bertolak ke Johor pukul 5 petang sampai sana dalam pukul 11 malam. Uissh penat jugak bangun tidur bangun tidur je dalam kereta....

           Dari Johor naik teksi sampai ke Singapore. Sampai2 Singapore je letak luggage semua dekat hotel then pi shopping takde la buang masa kalau tidur dekat hotel. Ni naik MRT  nak pi tempat shopping...

                 Time ni dah sampai depan shopping mall. Tapi takde barang yg menarik sebab semua barang berjenama mahal pulak tu. Bila aku tengok2 balik, shopping mall ni kalau dekat Malaysia ala2 PAVILLION la sebab ada Louis Vuittton, Prada, Coach, Giorgio Armani, Dior and etc.                                      

                 Dekat luar shooping mall ni banyak gila gajah2 yang lawa. Kalau dekat PAVILLION ada banyak bear besar tapi kat Singapore banyak gajah. Gajah2 tu semua cantik so apalagi posing je la...     
                      
                      Sweet couple dalam train LOL. Dah boring snap gambar je la keje aku :)

             Ni la tempat kitorang shopping. Tempat tu nama MUSTAFFA CENTRE. Selalunya kalau orang pi Singapore ni mesti singgah MUSTAFFA CENTRE sebab semua barang2 yg dijual disini harga yang berpatutan. Macam2 benda kitorang borong kat sini. Dah habis shopping semua orang dah keletihan. Lepas habis shopping pi makan dekat MUSTAFFA CAFE. Time makan tu takde snap gambar. Kitorang shopping sampai malam.
             
                        Time ni dah sampai hotel. Penat gila shopping. Budak kecik ni sibuk suruh aku snap gambar dia dekat pokok Christmas tu dah la aku tengah penat ni. Aku snap jugak nanti merajuk pulak. Tunggu next entry okay....... :)